Rafizi Ramli Sahut Cabaran Syed Ali Untuk Isytiharkan Harta



KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli, hari ini telah mengeluarkan kenyataan yang beliau akan membuat satu akuan bersumpah untuk mengisytiharkan hartanya.

Beliau dikatakan berbuat demikian selepas dicabar oleh Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee yang menyarankan supaya semua pemimpin dalam Pakatan Rakyat untuk melakukan pengisytiharan harta.

“Saya akan membuat satu akuan bersumpah yang akan menyenaraikan kedudukan harta dan hutang terkini saya, latar belakang pendapatan dan kerjaya sebelum menjadi ahli politik, pendapatan bulanan sebagai ahli politik dan perbelanjaan bulanan saya sebagai ahli politik,” katanya kepada media.

Rafizi bagaimanapun meminta supaya diberikan sedikit masa untuk mengumpulkan semua data kewangan dan dokumen untuk proses pengisytiharan harta tersebut dana akan mendedahkannya di lobi Parlimen pada 10 Mac 2015.

“Secara peribadi, saya sentiasa percaya bahawa ahli-ahli politik perlu hidup secara sederhana agar mereka dapat merasai susah payah rakyat. Hanya dengan cara itu ahli-ahli politik dapat menjadi suara rakyat yang berkesan dan tidak terpisah dengan permasalahan rakyat,” tegasnya. - Siakapkeli.com.my

0 Komentar untuk "Rafizi Ramli Sahut Cabaran Syed Ali Untuk Isytiharkan Harta"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info