Racun Ibu Sendiri Guna Cecair Peluntur Kerana Iphone


Racun Ibu Sendiri Guna Cecair Peluntur Kerana Iphone



Berang Ibu Rampas Iphone, Anak Racun Ibu Guna Cecair Peluntur | Seorang budak perempuan berusia 13 tahun seolah dirasuk syaitan apabila tergamak meracuni ibunya sendiri kerana berang iPhone miliknya dirampas.



Lebih mengejutkan budak itu cuba membunuh ibunya sebanyak dua kali dengan meracun wanita berkenaan menggunakan cecair peluntur.



Kerana tidak tahan dengan sikap anaknya itu, wanita berkenaan bertindak melaporkan perkara itu kepada polis.



Jurucakap polis, Heidi Prentup berkata, budak perempuan itu ditahan pada Jumaat lalu selepas ibunya membuat laporan bahawa anaknya itu cuba membunuhnya.



Katanya, budak itu cuba membunuh ibunya sebanyak dua kali dalam tempoh seminggu dengan mencampurkan minuman mangsa dengan cecair peluntur.



“Cubaan pertama berlaku pada 2 Mac lalu apabila budak itu memperdayakan ibunya dengan memberikannya minuman yang dicampur dengan cecair peluntur.



“Apabila mangsa minum air yang dibuat anaknya itu, dia berasa pelik apabila terbau cecair peluntur, namun dia menyangka gelas itu tidak dibilas dengan bersih,” katanya.



Menurutnya, selepas minum air berkenaan, wanita itu jatuh sakit dan terpaksa dirawat di hospital selama beberapa hari.



Bagaimanapun, sebaik keluar dari hospital, budak itu masih meneruskan rancangan jahat untuk membunuh ibunya.



Budak itu sekali lagi mencampurkan cecair peluntur di dalam minuman ibunya, tetapi kali ini mangsa berasa curiga kerana minuman itu berbau cecair peluntur.



“Kerana tidak berpuas hati wanita itu terus menyoal anaknya yang akhirnya mengaku dia sengaja menuangkan cecair peluntur berkenaan.



“Budak itu memberitahu dia mahu membunuh ibunya kerana berang selepas wanita itu merampas iPhone miliknya,” jelasnya.



Tambahnya, budak itu ditahan polis di rumahnya selepas ibunya membuat laporan polis.



“Budak itu kini ditahan di pusat juvana, sementara menunggu pertuduhan yang akan dikenakan terhadapnya,” katanya. – Reuters
0 Komentar untuk "Racun Ibu Sendiri Guna Cecair Peluntur Kerana Iphone"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info