Piala FA 2015 Jadual Suku Akhir

Piala FA 2015 Jadual Suku Akhir. Sime Darby, Kelantan, JDT II, Pulau Pinang dan Perak adalah lima pasukan yang telah berjaya layak ke Suku Akhir Piala FA Malaysia 2015. Mereka membenam lawan masing-masing malam tadi dengan Sime Darby FC mencipta kejutan terbesar apabila menewaskan pasukan pilihan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) 4-2.
Kelantan berhempas pulas sebelum menang tipis atas Kulala Lumpur 1 - 0. JDT II membenam Kedah di Alor Setar 1 - 0 manakala Pulau Pinang menewaskan seteru Liga Perdana 2015, NS Matrix dengan jaringan 2 - 1. Pasukan Liga Super, Perak pula menewaskan pasukan T-Team 2 - 1. 

Tiga lagi slot suku akhir akan menjadi buruan 6 lagi pasukan iaitu Selangor, Terengganu, Pahang, Lions XII, KL SPA dan MISC-MIFA yang bakal berlangsung malam dan Sabtu ini. Perlawanan Suku Akhir Piala FA 2015 dijadualkan berlangsung pada 7 dan 8 April 2015.


Berikut adalah Jadual Suku Akhir Piala FA 2015 :-
Pahang / MISC-MIFA Vs Pulau Pinang

Sime Darby Vs Kelantan


Selangor / Terengganu Vs Perak

Lions XII / SPA Putrajaya vs JDT II

Jadual Suku Akhir Piala FA 2015

Piala FA 2015 Jadual Suku Akhir

0 Komentar untuk "Piala FA 2015 Jadual Suku Akhir"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info