Mati ditembak ketika cuba rompak kedai emas di Jusco Maluri




Salah seorang daripada sekumpulan empat lelaki bersenjata mati ditembak ketika cuba merompak di Jaya Jusco Maluri di sini sebentar tadi.

Difahamkan, keempat-empat lelaki yang memakai topi keledar menaiki sebuah kereta merempuh kedai pengurup mata wang yang terletak di bahagian sama dengan tempat letak kereta pusat beli-belah tersebut.


Tindakan nekad itu dipercayai dilakukan bagi merompak premis tersebut dan Kedai Emas Poh Kong yag terletak berhampiran.


Bagaimanapun, salah seorang daripadanya ditembak oleh pengawal keselamatan premis kedai emas terbabit.


Tiga lagi lelaki itu dipercayai melarikan diri dan kini dijejaki polis yang sedang menyiasat kes tersebut.


Kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu menyebabkan kekecohan dan orang ramai lari bertempiaran. -MalaysiaGazette

0 Komentar untuk "Mati ditembak ketika cuba rompak kedai emas di Jusco Maluri"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info