Majlis ‘Perkahwinan Bogel’ Buat Pasangan Tidak Berharta (3 Gambar)

SEPULUH pasangan menyertai majlis perkahwinan dengan hanya memakai pakaian dalam dan ‘menutupi’ badan dengan pelbagai lukisan berwarna-warni.


Majlis yang diadakan di taman rekreasi Hangzhou Paradise pada Ahad yang dirakamkan itu kini menjadi viral di laman media sosial.

Kebiasaannya, mengikut tradisi rakyat China, ‘perkahwinan bogel’ adalah perkahwinan yang menyaksikan pasangan pengantin disatukan atas dasar cinta, namun tidak mempunyai rumah mahupun kereta yang didaftarkan atas nama mereka.

Ia sebagai lambang cinta terhadap pasangan masing-masing, bukannya kerana harta benda, lapor dari sebuah portal tempatan, mStar Online semalam.



0 Komentar untuk "Majlis ‘Perkahwinan Bogel’ Buat Pasangan Tidak Berharta (3 Gambar)"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info