Jawapan Kaka Isu Rampas Kekasih Tasha Shilla


Jawapan Kaka Isu Rampas Kekasih Tasha Shilla



Nafi Dakwaan Rampas Kekasih Tasha Shilla | Baru-baru ini terdapat dakwaan mengatakan penyanyi Kaka Azraff merampas kekasih Tasha Shilla sehingga menyebabkan pelakon itu putus cinta dengan teman lelakinya, Hans. Bagaimanapun dakwaan itu dinafikan sendiri oleh Kaka Azraff.



Terkejut dengan dakwaan itu Kaka mengatakan kenapa namanya dikaitkan dengan perkara itu sedangkan dia langsung tidak ada kena-mengena dalam hal pasangan terbabit sebelum ini.



“Saya tidak faham mengapa saya yang perlu menjawab mengenai gosip ini. Sebaliknya, mereka lebih berhak menjawab setiap persoalan kerana Tasha dan Hans lebih tahu apa yang berlaku antara mereka,” katanya memetik Berita Harian.



Komen Kaka Isu Rampas Kekasih Tasha Shilla



Kaka yang tidak mahu dikaitkan dengan permasalahan pasangan itu berkata, “saya harap mereka dapat selesaikan masalah mereka dengan cara baik tanpa membabitkan nama orang lain. Jadi, saya tidak ada apa-apa nak cakap kerana ini adalah hal mereka dan bukan hal saya”.



Agak pelik juga ya kenapa  tiba-tiba nama Kaka dikaitkan sebagai punca keretakan hubungan Tasha dan Hans.



Tidak perlu lah hairan sebenarnya kalau diri itu seorang selebriti kerana tidak akan sunyi dengan gosip-gosip seperti ini.
0 Komentar untuk "Jawapan Kaka Isu Rampas Kekasih Tasha Shilla"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info