Hafiz Suip Selamat Bertunang Bersama Pilihan Hati



Hai Awan nano da tiada, tinggal awan mendung berarak.. huhu selamat pengantin baru Hafiz ~





 


Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi Hafiz Suip yang sudah selamat melangsungkan majlis pertunangan bersama gadis pilihan hatinya bernama Effy, yang diadakan di Kuching, juga hari yang sama dengan hari lahirnya. Antara yang turut hadir pada majlis tersebut ialah Black dan juga Aril (AF7).

Sebelum ini, Hafiz sendiri pernah memberitahu bahawa keluarganya telah menghantar rombongan merisik pada 21 Disember tahun lalu serta memberi masa selama setahun untuk membuat persiapan sebelum melangsungkan perkahwinan selain menunggu kekasihnya tamat pengajian.

Apa pun, kami ucapkan tahniah kepada Hafiz kerana telah melangkah selangkah lagi ke alam perkahwinan. Semoga semua persiapan menjelang perkahwinan nanti akan berjalan lancar dan jangan terlalu buat kerja berat ya, tulang belakang kena jaga juga.











0 Komentar untuk "Hafiz Suip Selamat Bertunang Bersama Pilihan Hati"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info