(GAMBAR) SELEPAS DIANA DENIELLE ‘BERCOLI’, AINUL AISHAH PULA ‘BERBIKINI’?



ainulBelum pun reda isu kontroversi yang terpalit ke atas aktres jelita, Diana Danielle apabila aksi beraninya tampil dengan gaya bercoli untuk sebuah majalah antarabangsa, timbul pula kisah seorang lagi pelakon tempatan yang menjadi bahan ‘viral’ di laman sosial.


Menerusi laman Instagram pelakon Ainul Aishah memuat naik sekeping gambarnya yang menunjukkan dia berada di sebuah pulau. Gambar tersebut seolah memperlihatkan dia memakai bikini berwarna biru.


1

Gambar Ainul Aishah yang di muat naik di laman Instagram miliknya yang mencetuskan kontroversi.


Pada gambar itu, dia menulis kapsyen memberitahu dia tidak sabar untuk memulakan kerja dan mahu berehat selepas bekerja tanpa henti selama ini.


Lantas banyak komen berbaur kritikan dalam kalangan peminatnya sehingga menimbulkan perbalahan kerana meskipun ada yang menghentam Ainul dengan komen pedas, tidak kurang ada yang menyokong pelakon filem Histeria ini.


Ini kerana gambar yang dikongsikan Ainul itu jika sekali imbas memang seperti menampakkan dirinya berbikini.


Bagaimanapun, bagi tidak mahu keadaan bertambah keruh, Ainul telah memuat naik gambar keseluruhan baju yang dipakainya ketika itu untuk menjelaskan situasi sebenar.


2


Sumber

0 Komentar untuk "(GAMBAR) SELEPAS DIANA DENIELLE ‘BERCOLI’, AINUL AISHAH PULA ‘BERBIKINI’?"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info