Flashmob Perkahwinan Viral di Laman Sosial


Flashmob di Perkahwinan Viral di Laman Sosial



Video Perkahwinan Paling ‘Sporting’ | Sporting! Itulah perkataan yang keluar selepas melihat video sebuah majlis perkahwinan yang dimuat naik oleh salah seorang rakan pengantin wanita di laman sosial Facebook.



Video ‘flashmob’ yang berdurasi tiga minit itu menjadi ‘viral’ apabila beribu pengguna laman sosial itu mula berkongsi di Facebook.



Pelbagai reaksi serta komen positif dan negatif diterima namun itu tidak memberi apa-apa kesan kepada pihak pengantin.



Menurut rakan pengantin, mereka tidak kisah apa pandangan orang ramai kerana mereka hanya ingin meraikan rakan setarian mereka yang sudah mengakhiri zaman bujangnya.



Mereka yang juga merupakan penari kebudayaan di bawah kumpulan Gemalai Qarma Dansa beranggapan segala kritikan baik dan buruk itu adalah lumrah sebagai penari.



Sebelum ini mereka juga kerap mengadakan persembahan di majlis-majlis perkahwinan.
0 Komentar untuk "Flashmob Perkahwinan Viral di Laman Sosial"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info