Chong Wei: 11 April Tarikh Penting Untuk Saya

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei merasa lega setelah tarikh pendengaran telah ditetapkan pada 11 April di Amsterdam.

"Saya rasa lega tarikh telah ditetapkan kerana sebelum ini kita semua ternanti-nanti. Daripada Mac dan kemudian April. Jadi 11 April akan menjadi tarikh yang penting untuk saya," kata Chong Wei yang ditemui di Stadium Juara, Bukit Kiara.

Beliau turut mengharapkan keputusan yang positif agar beliau boleh terus beraksi di gelanggang badminton.

"Sudah lima bulan saya tidak beraksi. Ia juga sedikit sebanyak menjejas saya bukan sahaja fizikal tetapi lebih kepada mental.

"Kelayakan untuk temasya Olimpik akan bermula pada Mei jadi saya harapkan keputusan yang baik," kata Chong Wei.

Beliau akan ke Amsterdam bersama peguam kerana isterinya Datin Wong Mew Choo kini sedang hamil anak kedua.

Sementara itu ketua jurulatih perseorangan negara Rashid Sidek turut mengharapkan keputusan yang positif.

"Nak katakan lega belum lagi. Yang penting keputusan memihak kepada Chong Wei dan baru kita rasa lega agar dia boleh terus bermain sehingga ke Olimpik," katanya ringkas kepada pemberita. - Astro Awani

0 Komentar untuk "Chong Wei: 11 April Tarikh Penting Untuk Saya"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info