Budak Kelaparan Dikurung Kerana Curi Roti


Budak Kelaparan Dikurung Kerana Curi Roti



Tindakan Pasar Raya Kurung Budak Curi Roti Kerana Kelaparan Undang Kemarahan Orang Ramai | Tindakan sebuah pasar raya di sini mengurung seorang budak perempuan yang kelaparan di dalam sangkar kerana mencuri sebuku roti mengundang kemarahan orang ramai.



Budak perempuan itu, Rachel Ngema, 13, ditangkap mencuri sebuku roti oleh pekerja pasar raya Spar di sini, baru-baru ini.



Sebagai hukuman pihak pengurusan pasar raya itu mengurung Rachel di dalam satu sangkar yang digunakan untuk menyimpan makanan.



Lebih menyedihkan lagi pekerja pasar raya itu meletakkan budak berkenaan di tengah laluan orang ramai selama beberapa jam.



Pelanggan yang tidak berpuas hati kemudiannya bertindak merakam gambar budak itu dengan telefon bimbit sebelum memuat naik imej berkenaan di Internet lapor Harian Metro
0 Komentar untuk "Budak Kelaparan Dikurung Kerana Curi Roti"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info