Berita Palsu Tsunami Bakal Landa Penang, Langkawi Dan Perlis

Berita Palsu Tsunami Bakal Landa Penang, Langkawi Dan Perlis. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Sabtu menafikan telah mengeluarkan amaran bahawa tsunami akan melanda Pulau Pinang, Langkawi dan Perlis seperti yang tersebar di internet.


Justeru, jabatan itu dalam kenyataan akhbar di sini menasihati orang ramai supaya tidak mudah mempercayai sebarang nasihat atau amaran yang tersebar dalam media sosial yang sumbernya bukan daripada MetMalaysia. 
"Untuk pengesahan maklumat sila rujuk laman sesawang MetMalaysia di http://www.met.gov.my atau mobile web rasmi m.met.gov.my atau facebook https://www.facebook.com/malaysiamet," menurut kenyataan itu.



Orang ramai juga boleh merujuk laman twitter jabatan itu di https://twitter.com/malaysiamet atau hubungi MetMalaysia hotline di talian1-300-22-1MET (1638). 

Dakwaan mengenai tsunami akan melanda Pulau Pinang, Langkawi dan Perlis itu tersebar di laman sosial pada Jumaat - mStar online


Berita Palsu Tsunami
0 Komentar untuk "Berita Palsu Tsunami Bakal Landa Penang, Langkawi Dan Perlis"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info