Ahli Parlimen PAS Cabar Fatwa Kebangsaan Tentang GST



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali At-takiri semalam telah tampil untuk mencabar keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengatakan GST adalah harus.

“Saya bersedia untuk hadir jika dipanggil oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi mewakili PAS untuk menyatakan pandangan syarak berkenaan masalah ini”.

" GST haram dikutip kerana tidak menepati tiga syarat pengharusan cukai dalam Islam iaitu kerajaan benar-benar terdesak memerlukan cukai untuk menampung keperluan negara."

“Keperluan mendesak itu berlaku bukan kerana ketirisan dan pemborosan dalam perbelanjaan dan hanya dikenakan kepada golongan berkemampuan yang mempunyai pendapatan melebihi keperluan," tegasnya.

Beliau sebelum ini telah menulis beberapa artikel untuk menjelaskan konsep percukaian dalam Islam dan percanggaha cukai GST dengan Islam.

Pada 6 Mac lalu melaluai web rasmi Majlis Fatwa Kebangsaan www.e-fatwa.gov.my memutuskan hukum pelaksanaan GST yang akan mula berkuatkuasa di Malaysia April depan adalah harus.

GST dikatakan sispem cukai untuk menambah baik sistem cukai oleh kerajaan untuk menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). - Siakapkapkeli.com.my

0 Komentar untuk "Ahli Parlimen PAS Cabar Fatwa Kebangsaan Tentang GST"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info