Cadbury Sekali Lagi Hadapi Isu Panas... Tapi Kali Ini Di Luar Negara


DI London, seorang kanak-kanak perempuan nyaris tertelan serpihan logam tajam yang berada dalam kon aiskrim Cadbury yang dimakannya.


Aurora, 4, dan adiknya Tobias, 2, sedang menikmati aiskrim tersebut sewaktu berjalan pulang bersama ibu mereka, Cherish Allen, 22, dan pasangannya Roy Smith, 31.

Secara tiba-tiba, kanak-kanak itu menjerit kesakitan kerana tergigit sesuatu yang keras dan Allen segera memeriksa mulutnya.
“Saya lihat sesuatu yang bersinar dan mengoreknya keluar. Ia adalah logam.
“Kemudian saya memeriksa aiskrim yang dimakannya dan mendapati ada bebola logam di tengah-tengah kon tersebut,” ujarnya.

Kanak-Kanak Nyaris Tertelan Logam Dalam Aiskrim Cadbury

Menurutnya lagi, keadian itu menyebabkan Aurora agak trauma dan tidak mahu makan malam kerana bimbang makanan yang dimakannya akan menyebabkan mulutnya sakit.
Kanak-Kanak Nyaris Tertelan Logam Dalam Aiskrim Cadbury
Sementara itu, syarikat pengeluar produk aiskrim Cadbury menerusi jurucakapnya berkata, kejadian itu tidak sepatutnya berlaku dan mereka akan mengambil tindakan yang sepatutnya bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang kembali.
Setakat ini, siasatan masih dijalankan bagi mengetahui punca logam tersebut berada dalam aiskrim itu.
0 Komentar untuk "Cadbury Sekali Lagi Hadapi Isu Panas... Tapi Kali Ini Di Luar Negara"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info