Semua 186 Rakyat Malaysia Di Iraq Selamat







KUALA LUMPUR – Kementerian Luar pada Ahad mengesahkan semua 186 rakyat Malaysia yang berada di Iraq selamat.





Wisma Putra dalam kenyataannya di sini, berkata kementerian itu sentiasa memantau perkembangan krisis di Iraq yang sehingga kini mengorbankan sekurang-kurangnya 335 nyawa.





Kementerian turut menasihati rakyat Malaysia di Iraq agar segera kembali ke tanah air jika tiada perkara penting di negara itu susulan keadaan yang semakin buruk di Iraq sekarang.





“Kementerian juga menasihati rakyat Malaysia agar menangguhkan atau membatalkan perjalanan ke Iraq sehingga keadaan kembali pulih,” kata kenyataan itu.





Keganasan semakin meningkat di Iraq selepas anggota militan Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) menawan bandar raya Mosul di utara Iraq, awal minggu ini.





Sumber: Bernama

sumber

0 Komentar untuk "Semua 186 Rakyat Malaysia Di Iraq Selamat"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info