Perlukah Malaysia Guna Standard PISA atau TIMSS sabagai Ukuran Tahap Pendidikan di Malaysia


KUALA LUMPUR 25 Jun - Penggunaan piawaian antarabangsa seperti Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) serta Kajian Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) dikhuatiri tidak menggambarkan sistem pendidikan di negara ini secara holistik.

Senator Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, piawaian sistem pendidikan yang diperkenalkan Barat itu tidak seharusnya digunakan di negara ini secara mutlak. Menurut beliau, selain daripada PISA dan TIMSS, perlu ada piawaian yang berasaskan kepada acuan yang menggambarkan realiti kepelbagaian kaum dan agama di negara ini.

"Kita mesti mengambil kira asas-asas negara ini yang berbeza dengan negara-negara maju kerana kita tidak meninggalkan identiti agama, budaya, adat resam dan tradisi," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Yayasan Guru Tun Hussein Onn 2014 dalam sidang Dewan Negara hari ini.

Sementara itu, Senator Datuk Dr. Firdaus Abdullah dalam celahannya memberitahu, piawaian sistem pendidikan di negara ini hendaklah disandarkan kepada kriteria-kriteria yang ditentukan mengikut acuan tersendiri. Beliau berpandangan, terdapat kecenderungan untuk memberi tumpuan kepada aspek mencapai kecemerlangan dalam bidang sains dan teknologi akhir-akhir ini sehingga menyebabkan aspek berkaitan kemanusiaan seolah-olah diabaikan.

"Jangan terlalu lalai dan terpesona dengan piawaian antarabangsa sehingga mengabaikan perkara yang sepatutnya diberi keutamaan," ujarnya.

Sumber : Utusan
0 Komentar untuk "Perlukah Malaysia Guna Standard PISA atau TIMSS sabagai Ukuran Tahap Pendidikan di Malaysia"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info