21 maut akibat letupan ketika tonton Piala Dunia di Nigeria








Suasana di Nigeria ketika penyokong bolassepak menonton Piala Dunia


KANO: Sekurang-kurangnya 21 orang telah terkorban apabila letupan meletus di pusat menonton perlawanan Piala Dunia di Damaturu, utara Nigeria, kata sumber perubatan hari ini.



"Kami terima 21 orang mayat dan 27 orang lagi mengalami kecederaan dalam letupan berkenaan," kata sumber Hospital Pakar Sani Abacha selepas letupan di kawasan Nayi-Nama, awal pagi tadi. 



Penduduk tempatan berkata, bom disembunyikan di beca di luar tempat itu yang dipenuhi orang ramai ketika menyaksikan perlawanan di antara Brazil dan Mexico di layar besar. 




Kejadian terbaharu itu adalah siri letupan di pusat menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia yang dipercayai dilakukan militan Boko Haram. - AFP
0 Komentar untuk "21 maut akibat letupan ketika tonton Piala Dunia di Nigeria"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info