SuperWomen Gaya Wanita Gagah Perkasa

Gayanya sama seperti wanita seusianya yang lain, berwajah lembut selain tutur katanya yang sopan namun siapa tahu, wanita yang sudah menghampiri usia emas ini rupa-rupanya seorang pengawal peribadi atau ‘bodyguard’.



Hanya mahu dikenali sebagai Kuntum Abdullah, 54, beliau berkata, dia sudah berkecimpung dalam bidang keselamatan genap lima tahun dan begitu arif mengendalikan senjata api serta mahir dalam seni mempertahankan diri.




Menceritakan keputusannya menjadi pengawal peribadi tatkala usia sudah pun senja, Kuntum yang sebelum ini mempunyai syarikat katering dan menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan memberitahu Harian Metro, rutin hariannya itu semakin lama semakin membosankan dan beliau perlukan sesuatu yang mencabar.



“Saya terbaca mengenai khidmat ‘bodyguard’ wanita ini di ruangan akhbar lima tahun lalu dan selepas berbincang dengan suami dan dua anak, mereka merestui niat saya dan latihan yang terpaksa dijalaninya lima tahun lalu adalah mengangkat senjata sambil meredah sungai, membawa batu dan berjalan sejauh dua kilometer serta beberapa latihan ala komando yang disifatkan sebagai ‘kenangan manis’ di Kem Latihan Delta Komasir, Kampung Permatang Pasir, Jugra,” katanya.



Demonstrasi berdepan situasi panik.
Menurutnya, sepanjang lima tahun ini, beliau menjadi ‘bodyguard’ kepada tiga prinsipal (majikan) yang semuanya terdiri daripada anak golongan kenamaan termasuk artis dan menteri berusia 9 hingga 17 tahun.

Ditulis Oleh: Na’imah Mohamed dari Hmetro

sumber

0 Komentar untuk "SuperWomen Gaya Wanita Gagah Perkasa"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info