SADIS - Ibu Pukul Anak Tanpa Henti, Bapa Simbah Air Panas

SADIS -  Ibu Pukul Anak Tanpa Henti, Bapa Simbah Air Panas | Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun maut selepas dipercayai di pukul ibu sendiri dan disimbah air panas oleh bapa tirinya di rumahnya di Pangsapuri Permai Ria, Taman Tasik Permai, Ampang kelmarin.







SADIS - Ibu Pukul Anak Tanpa Henti, Bapa Simbah Air Panas

Mangsa, Muhammad Akir Mustaqim Rashidi yang merupakan anak keempat daripada lima adik-beradik ditemui tidak sedarkan diri kira-kira pukul 1 petang oleh ibunya di rumah tersebut.

Kanak-kanak malang itu kemudian dihantar ke Hospital Ampang namun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital berkenaan.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd. Adnan Abdullah memberitahu, hasil bedah siasat, polis percaya mangsa mati akibat didera.



“Pemeriksaan pada mangsa menemui kesan lebam pada badan, kaki dan tangannya.

“Muka dan bahagian hadapan badan mangsa turut terdapat kesan melecur dipercayai disimbah air panas,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Mohd. Adnan berkata, susulan kejadian itu, bapa kandung mangsa, Rashidi Nordah, 36, membuat laporan di Balai Polis Ampang pada hari yang sama.

Tambahnya, polis kemudiannya menahan seorang wanita berusia 31 tahun yang merupakan ibu kandung mangsa dan bapa tiri mangsa berusia 35 tahun yang bekerja sebagai pemandu teksi bagi membantu siasatan.



#Sedih bila ibu yang sepatutnya melindungi anak sendiri sehingga hujung nyawa turut terlibat dlm perlakuan kejam begini....


sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0528&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

sumber

0 Komentar untuk "SADIS - Ibu Pukul Anak Tanpa Henti, Bapa Simbah Air Panas"

Newer Post Older Post Home
ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info