Rai Gol England, Pegawai Perubatan Yang Cedera







Biasanya pemain yang akan diusung keluar dari stadium jika cedera tetapi pada perlawanan antara England dan Itali, Pegawai Perubatan England yang terpaksa diusung keluar.





Gary Lewin telah mengalami kecederaan apabila buku lalinya terkehel ketika melompat meraikan gol penyamaan England oleh Daniel Sturridge untuk menjadikan keduudkan 1-1.





Lewin terpaksa diusung keluar dengan menggunakan pengusung berwarna jingga yang biasanya dikhaskan untuk pemain.





Apabila melibatkan sesuatu yang jarang berlaku, ramai petugas perlawanan FIFA di Manaus dilihat mengerumuni Lewin apabila dia mengalami kecederaan.





Biarpun bermula agak agresif pada perlawanan pembukaan Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil kali ini, ia tidak mencukupi.





Gol kemenangan Itali dijaringkan Mario Balotelli lima minit sebelum tamat separuh masa pertama.





Sebelum itu, semangat penyokong England disemarakkan seketika apabila Sturridge meledakkan gol menyamakan kedudukan selepas gol Itali Claudio Marchisio.





Kapten England Steven Gerrard berkata Itali merupakan sebuah pasukan yang baik dan kuat namun persembahan terbaik mereka gagal menewaskan musuh tradisi mereka itu.





Sumber: Ika / My News Hub

sumber

0 Komentar untuk "Rai Gol England, Pegawai Perubatan Yang Cedera"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info