Premis Yang Masih Berdegil Jual Coklat Cadbury Boleh Didenda Atau Penjara


Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan  berita tentang terdapat kandungan DNA khinzir (porcine) telah dikesan dalam coklat Dairy Milk perisa kacang hazel dna kacang badam. Tentunya berita ini memeranjatkan orang ramai kerana coklat tersebut telah lama bertapak di Malaysia dan juga dilabelkan Halal oleh JAKIM.

Benarkah Coklat Cadbury Mengandungi DNA Babi?

Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Mohd Roslan Mahayudin berkata premis yang masih menjual dua jenis coklat Cadbury yang mengandungi DNA khinzir (porcine), boleh didenda RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Hukuman berikut merupakan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011, tidak kira sama ada penjual di peringkat runcit, pengedar atau pengilang.

“Bagi sesebuah pertubuhan perbadanan pula mereka boleh didenda tidak melebihi RM 250,000,” katanya.

Roslan berkata mana-mana pihak yang masih menjual coklat berkenaan sewajarnya memulangkan kembali kepada pihak pembekal dan pengilang. Katanya arahan juga telah dikeluarkan kepada pejabat cawangan KPDNKK di seluruh negara untuk bergerak memantau penjualan coklat itu termasuk di kedai-kedai bebas cukai di lapangan terbang.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan mendedahkan dua sampel coklat Cadbury, iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel dan Coklat Susu dengan Buah Badam, dikesan mengandungi DNA (Asid Deoksiribonukliek) khinzir. Jakim menggantung serta-merta sijil pengesahan halal dua produk coklat itu.

Sumber: Astro Awani

sumber

0 Komentar untuk "Premis Yang Masih Berdegil Jual Coklat Cadbury Boleh Didenda Atau Penjara"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info