KUALA LUMPUR: Menurut laporan The Malay Mail, bapa kepada kanak-kanak itu pernah dipenjara bersama suspek yang diburu polis.
Memetik kenyataan satu sumber polis. dilaporkan perkara itu didedahkan ketika siasatan pihak polis keatas ibu Siti Soffea, Siti Salmy Suib, 32 tahun.
Adakah pembalasan dendam menjadi motif pembunuhan Siti Soffea Emelda Abdullah, kanak-kanak 18 bulan yang ditemui dengan kepala terputus di tebing Sungai Klang pada Khamis malam?
Beliau berkata, suspek pernah dipenjarakan di penjara Kajang dan dibebaskan beberapa bulan yang lalu.
Sumber tersebut turut berkata suspek adalah seorang lelaki etnik India, berusia lewat 30-an dan berasal dari Kuala Lumpur.
“Ini berdasarkan rakaman CCTV yang kita perolehi daripada kompleks membeli-belah berdekatan dengan kawasan itu dan juga berdasarkan maklumat yang diberikan oleh penjara.
“Kami melakukan pemeriksaan senarai banduan yang telah dibebaskan dari penjara dalam tempoh beberapa bulan dan juga maklumat yang diperolehi daripada rakaman CCTV. Suspek kemudian dikenalpasti sebagai lelaki India tempatan berumur lewat 30-an,” katanya.
Ibu mangsa adalah Siti Salmy Suib seorang warga tempatan, dan tidak mempuyai tempat tinggal dan pekerjaan.
Apabila ditanya tentang hubungan suspek dan ibu bapa kanak-kanak kecil itu, sumber itu berkata ia masih dalam siasatan polis.
“Kami perlu meneruskan operasi mencari untuk suspek pada hari Sabtu. Kemungkinan suspek lemas di Sungai Klang, seperti yang dilaporkan oleh media hari ini, berdasarkan maklumat yang diberikan oleh saksi-saksi.”
Menurut laporan The Malaysian Insider, seorang pengawal di Kompleks Kota Raya melihat Siti Soffea tetapi tidak melakukan apa-apa untuk mengejar suspek.
Kejadian berlaku di tingkat empat kompleks berkenaan dimana Siti Soffea kelihatan cuba menyorok di belakang tembok tetapi suspek memegang Siti Soffea dan terus beredar.
Laporan yang sama turut berkata bahawa Siti Salmy mempunyai tiga anak tetapi dua lagi anak beliau tinggal bersama ahli keluarganya. Siti Salmy dan Siti Soffea berkeliaran di sekitar Kuala Lumpur dan bergantung kepada bantuan orang ramai.
The Malaysian Insider turut melaporkan bahawa suspek adalah seorang penagih dadah yang bekerja sebagai penjaga tempat letak kereta.
Sementara itu, akhbar The Malay Mail melaporkan bahawa Siti Salmy juga seorang penagih dadah.
Pada hari Khamis, polis telah menerima maklumat daripada orang awam yang ternampak seorang lelaki sedang cuba untuk melemaskan seorang kanak-kanak di tebing Sungai Klang berhampiran dengan Stesen Kereta Api Jalan Tun Sambanthan, Kuala Lumpur.
Polis yang bergegas ke tempat kejadian kemudian menemui mayat seorang kanak-kanak lengkap berpakaian berusia dalam lingkungan dua tahun dalam keadaan tertiarap.
Terdapat pecahan seramik bersama-sama kesan darah dan sepasang selipar ditemui di tempat kejadian.
Menurut keterangan ibu mangsa, semasa dia dan anaknya melepak bersama-sama dengan kawan-kawannya di Kompleks Kota Raya sekitar jam 3 petang, dia telah pergi ke tandas.
Dia kemudian meminta kawannya yang bersama-sama melepak dengannya itu untuk mengawasi anaknya dan setelah lima minit berlalu, ibu mangsa kembali semula keluar tandas dan mendapati anaknya itu sudah tiada.
Ibu mangsa dan rakannya kemudian bergegas mencari anaknya itu di sekitar bangunan Kota Raya namun gagal.
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mangsa telah dikebumikan pada petang Jumaat. -AstroAwani
Sumber
Home
»
Adakah
»
Motif
»
Pembunuhan
»
sebenar
»
Soffea
»
Adakah Ini Motif Sebenar Pembunuhan Siti Soffea?
Related Post
Punca sebenar kereta viva rempuh pesawat MAS di KLIAPunca sebenar kereta viva rempuh pesawat MAS di KLIA - Kejadian tidak diduga kereta viva hilang kawalan lalu merempuh pe…
Adakah Ini Motif Sebenar Pembunuhan Siti Soffea?KUALA LUMPUR: Menurut laporan The Malay Mail, bapa kepada kanak-kanak itu pernah dipenjara bersama suspek yang diburu p…
Wajah sebenar adik angkat Shila Amzah kini didedahkanWajah sebenar adik angkat Shila Amzah kini didedahkan - Dalam kesibukan Shila Amzah memenuhi banyak undangan menyanyi di…
Punca sebenar Sari Yanti tidak jadi berceraiPelakon terkenal, Sari Yanti Mohd Nazari tidak jadi bercerai dengan suaminya, Mohd Edy Casmadi Che Hussin selepas aktres…
Punca sebenar kanak-kanak boleh terjatuh hingga maut tingkat 3 The GardensPada 31 Mei lalu kita dikejutkan bagaimana seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun meninggal dunia selepas terjatu…
ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
artikel popular minggu ini
- 15 Rupa Pengasas Jenama Terkemuka Yang Anda Tidak Pernah Lihat
- (15 Gambar) Koleksi Guru-Guru Wanita Yang Paling Cantik Dari Seluruh Vietnam
- Tips Memilih Tudung Yang Sesuai Mengikut Bentuk Wajah
- 15 Haiwan Paling Comel Yang Hampir Pupus Di Seluruh Dunia
- The people have spoken—offer extended!
- Wajah Sebenar Nurfuryna, Pengasas Produk Aura White (4 Gambar)
- Wajah Dan Identiti Penjenayah Yang Langgar Anggota Polis Hingga Maut Di Dedahkan
- 'Terjunan Cinta' Dua Gadis Dua Gadis Demi Seorang Lelaki
- [Webinar] What you need to know about digital in 2020
- Lelaki Maut, Rakan Parah Kereta Rempuh Pokok
Blog Archive
- September 2024 (1)
- April 2024 (1)
- August 2023 (1)
- July 2023 (1)
- June 2023 (1)
- December 2022 (1)
- December 2021 (4)
- November 2021 (4)
- October 2021 (7)
- September 2021 (4)
- August 2021 (6)
- July 2021 (5)
- June 2021 (4)
- May 2021 (5)
- April 2021 (7)
- March 2021 (5)
- February 2021 (4)
- January 2021 (6)
- December 2020 (5)
- November 2020 (6)
- October 2020 (4)
- September 2020 (6)
- August 2020 (6)
- July 2020 (7)
- June 2020 (6)
- May 2020 (7)
- April 2020 (6)
- March 2020 (5)
- February 2020 (5)
- January 2020 (3)
- December 2019 (5)
- November 2019 (5)
- October 2019 (6)
- September 2019 (9)
- August 2019 (6)
- July 2019 (4)
- June 2019 (10)
- May 2019 (3)
- April 2019 (5)
- March 2019 (6)
- February 2019 (6)
- January 2019 (6)
- December 2018 (6)
- November 2018 (8)
- October 2018 (6)
- September 2018 (7)
- August 2018 (11)
- July 2018 (5)
- June 2018 (8)
- May 2018 (7)
- April 2018 (2)
- March 2018 (6)
- February 2018 (1)
- March 2017 (2)
- January 2016 (1)
- December 2015 (2)
- November 2015 (8)
- June 2015 (689)
- May 2015 (378)
- April 2015 (91)
- March 2015 (543)
- February 2015 (69)
- October 2014 (11)
- August 2014 (58)
- July 2014 (101)
- June 2014 (194)
- May 2014 (592)
- April 2014 (19)
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By Catatan Info
0 Komentar untuk "Adakah Ini Motif Sebenar Pembunuhan Siti Soffea?"