Video : Penguna Media Sosial, Kecam Tindakan Bodoh Lelaki Selfie Atas Motor

Tindakan seorang lelaki memuat naik rakaman klip video ‘SELFIE’ ketika sedang menunggang motor menerima kecaman dan kutukan dari para pengguna media sosial yang menyifatkan ia sebagai ‘perbuatan bodoh’.




Walaupun ada yang menyokong tindakan lelaki tersebut, namun rata-rata yang melihat rakaman berdurasi 0.49 saat itu menyelar perbuatan tersebut kerana mendakwa ia membahayakan nyawa para pengguna jalan raya yang lain.

“Aku takut ni jadi selfie kau yg terakhir je bro” ujar Cik Ieka Atiqah.

Paling menarik apabila adik lelaki tersebut Fyteen Asysy, rakaman tersebut dilakukan hanya sekadar untuk suka-suka dan menyelar tindakan mereka yang menyebarkannya kepada media.

“Abang saya memang macam tu, dia buat video sekadar suka-suka. Tak tahu la, siapa yang ambil dan share (kongsi) dengan semua media.

“Hormat la privacy orang sikit, kalau kena saman nanti, tahu pula nak bising semua orang” ujar melalui ruangan komen di dalam Facebook.

Menurut lelaki tersebut, rakaman tersebut dilakukan ketika dia dalam perjalanan ke Seremban.

“Dah gila, sebelum ini tak boleh buat (tapi) hari ini boleh buat” ujarnya dengan penuh ceria.

Paling menarik, di akhir rakaman tersebut, dia turut meminta rakan-rakan dan kaum keluarga untuk mendoakan keselamatan perjalanannya pergi dan balik.






Sumber
0 Komentar untuk "Video : Penguna Media Sosial, Kecam Tindakan Bodoh Lelaki Selfie Atas Motor"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info