VIDEO: Lelaki Brazil Maut Ditembak Depan Anak



KEJAM! Itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan kejadian yang berlaku di Brazil apabila seorang lelaki ditembak mati sewaktu sedang mendukung anak angkatnya yang berusia tiga tahun di sebuah kedai roti.

Mangsa yang dikenali sebagai Thiago Andre Santos Souza, 26, baru sahaja tiba di kedai tersebut bersama tunang dan anak angkatnya itu.

Rakaman melalui kamera pengawasan menyaksikan pembunuhnya yang berusia 17 tahun tiba dengan basikal sebelum mengeluarkan pistolnya dan melepaskan tembakan.

Tembakan pertama tepat pada bahagian kepala Thiago, manakala dua lagi mengenai tubuhnya.

Bagaimanapun, anak kecil yang dibawa mangsa terselamat dan ditinggalkan dalam keadaan ketakutan.

Secara umumnya, Brazil merupakan antara negara yang mempunyai kadar jenayah tertinggi di dunia.

Dengan kejadian seperti ini, mungkin mereka yang mahu berkunjung ke negara itu pada musim Piala Dunia nanti perlu berfikir banyak kali sebelum membuat keputusan.




(Sumber: Daily Mail)
0 Komentar untuk "VIDEO: Lelaki Brazil Maut Ditembak Depan Anak"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info