Punca Shah Jaszle padam foto kekasih baru di Instagram

Pertengahan bulan lalu, Shah Jaszle telah berkongsi dua keping foto mesranya bersama teman wanita baru bernama Hanis Husna di akaun Instagram.

Perkongsian itu mendapat kecaman dari peminat sehingga ada yang menggelar Shah Jaszle atau nama sebenarnya Mohd Shahrizal Jaszle bin Jasmin, 26, sebagai kaki perempuan dan tidak boleh dipercayai.

Baru-baru ini, gambar-gambar tersebut dikatakan sudah dipadam dari Instagram Shah. Ia menimbulkan persoalan di kalangan penggiat-penggiat laman sosial samada hubungan aktor itu dan kekasih barunya kini sudah putus atau belum.

Menurut Portal Murai Batu pula, ada kemungkinan Shah dan bekas tunangnya, Redzwani Puteri telah kembali bersama memandangkan mereka pernah putus tunang beberapa kali sebelum ini.

Bagaimanapun, punca sebenar pelakon kacak itu memadam kedua keping gambar mesranya dengan Hanis tidak pula diketahui. Rasanya, kita tunggu sahaja penjelasan dari kedua belah pihak.




Sumber
0 Komentar untuk "Punca Shah Jaszle padam foto kekasih baru di Instagram"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info