Bapa Mertua Ditipu Bakal Menantu

Kuantan: Bapa Mertua Ditipu Bakal Menantu..Seorang lelaki yang mengaku dirinya bergelar Datuk bukan saja menipu bakal mentuanya sehingga kerugian ribuan ringgit, malah sanggup melarikan anak gadis pasangan terbabit yang juga tunangnya selepas tembelangnya diketahui mangsa.


Bapa Mertua Ditipu Bakal Menantu

RAMLAN menunjukkan gambar anaknya, Fatin yang dibawa lari suspek (gambar kanan).


Lelaki berkenaan yang berusia 44 tahun didakwa melarikan tunangnya, Fatin Nursyamimi, 19, sejak 13 Mac lalu serta menipu keluarga gadis berkenaan menyebabkan kerugian RM4,000, gagal dikesan hingga kini.

Difahamkan lelaki berkenaan sering menipu orang ramai sejak 2009 membabitkan kerugian ratusan ribu ringgit, malah pernah menghadapi 11 pertuduhan di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor, pada 2011.

Malah, identiti lelaki berkenaan dipaparkan sebagai pesalah rasuah dalam laman sesawang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selain beberapa penipuannya turut didedahkan dalam laman blog sejak Februari lalu.

Mangsa, Ramlan Abu Hassan, 45, dari Kampung Kempadang, di sini, berkata, keluarganya bukan saja kerugian wang tunai akibat diperdaya lelaki berkenaan, malah lebih malang anak gadisnya turut dilarikan.
sumber
0 Komentar untuk "Bapa Mertua Ditipu Bakal Menantu"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info