Arnab Angora Dengan Bulu Terpanjang Di Dunia






















Arnab biasa mempunyai bulu yang sangat halus namun, arnab jenis Angora mempunyai bulu yang luar biasa lebat dan halus. Bulu arnab Angora boleh tumbuh sangat tebal sehingga menutupi seluruh tubuh kecuali bahagian wajahnya sehingga kelihatan seperti bola kapas raksasa.

Arnab anggora adalah sejenis arnab domestik yang di kembang biakkan untuk diambil bulunya yang lembut. Angora adalah salah satu jenis arnab tertua yang berasal di Ankara (dikenali sebagai Angora), Turki, bersama dengan kucing Angora dan kambing Angora.

Arnab adalah haiwan kesayangan popular dalam keluarga kerajaan Perancis pada pertengahan abad ke-18, dan merebak ke bahagian lain Eropah pada akhir abad ini. Arnab itu pertama kali muncul di Amerika Syarikat pada awal abad ke-20. Mereka dibesarkan sebahagian besar adalah untuk diambil bulunya.

sumber - dairishare


















0 Komentar untuk "Arnab Angora Dengan Bulu Terpanjang Di Dunia"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info