UNHCR usah lepas tangan isu Rohingya

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

UNHCR usah lepas tangan isu Rohingya
6/1/2015 7:28:34 PM

UNHCR usah lepas tangan isu Rohingya

Isu pendatang Rohingya membuka mata pelbagai pihak betapa permasalahan kaum itu semakin parah sehingga menjadi keterpaksaan keprihatinan dan tanggungjawab sejagat. Tiba-tiba semua mata memandang ASEAN apatah lagi Malaysia sebagai pengerusinya.

Lebih memburukkan keadaan, penemuan kubur besar di hutan Wang Kelian, Perlis, sempadan Malaysia-Thailand, digunakan untuk menempatkan mangsa jenayah yang mungkin dalam kalangan pendatang bagi tujuan pemerdagangan manusia.

Isu pelarian berpunca daripada pergolakan politik, peperangan, konflik cuaca dan berpenyakit melampau serta penghapusan etnik. Mengikut statistik Pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) di Kuala Lumpur sehingga 30 April lalu, 152,832 orang dari lebih 23 negara berstatus pelarian dan pemohon suaka berada di negara ini.

Pendatang Myanmar paling ramai

Apa yang mengejutkan, Myanmar penyumbang terbesar, iaitu 138,775 orang. Ini bukan setakat soal sejumlah 45,170 etnik Rohingya termasuk 13,294 pemohon suaka semata-mata, tetapi ada suku lain dari Myanmar turut dikenal pasti. Umpamanya 20,926 suku Chin adalah pemohon suaka dan 28,873 pelarian, Muslim (1,791 pemohon suaka dan 10,548 pelarian), Arakan (568 pemohon suaka dan 6,755 pelarian) serta suku Mon (2,296 pemohon suaka dan 3,117 pelarian).

Suku Karen Kayin (2,159 pemohon suaka dan 2,398 pelarian); suku Bamar (2,475 pemohon suaka dan 2,659 pelarian), suku Shan/Thai Yin (595 pemohon suaka dan 932 pelarian) dan etnik lain dari Myanmar (3,673 pemohon suaka dan 3,840 pelarian).

Mengapa begitu banyak suku dari Myanmar datang? Walaupun masyarakat dunia mengetahui junta tentera masih berkuasa, Malaysia masih menjadi tumpuan pemohon suaka dan pelarian negara berkenaan. Soalnya, apakah sebenarnya peranan UNHCR dalam menguruskan hal ehwal pemohon suaka dan berstatus pelarian ini? Ke mana pula Pertubuhan Antarabangsa bagi Pelarian (IOM) yang seolah-olah lepas tangan dan mahu melihat ASEAN bertanggungjawab sepenuhnya.

Kalau dilihat dari tahun 2011 hingga 2014, berlaku pertambahan pemohon suaka dan pelarian iaitu 56,683 orang atau 59 peratus. Apa yang perlu kita fahami sekarang ialah Malaysia tidak mengiktiraf status pemohon suaka dan pelarian kerana bukan Negara Pihak kepada Konvensyen Status Pelarian 1951 atau Protokol Status Pelarian 1967.

Bagaimanapun, Malaysia atas dasar kemanusiaan membenarkan pendatang asing tanpa izin yang memegang kad UNHCR tinggal sementara di negara ini sehingga dihantar pulang ke negara asal atau ke negara ketiga.

Seperkara yang perlu kita fahami ialah pemohon suaka dan pelarian yang memegang kad UNHCR sah berhak menikmati kemudahan seperti tidak dinafikan kebebasan bergerak dan tidak ditahan melainkan terbabit aktiviti jenayah atau melanggar undang-undang negara. Selain itu, mereka tidak akan dihantar kembali ke negara asal melainkan secara sukarela.

Malah, mereka tidak dinafikan hak untuk mendapatkan rawatan di hospital atau klinik kerajaan dengan caj sebanyak 50 peratus daripada kadar dikenakan ke atas golongan ekspatriat dan vaksinasi kepada kanak-kanak diberikan percuma dan tidak disekat mendapat kemudahan pendidikan di sekolah swasta yang dikendalikan UNHCR, NGO dan komuniti pelarian.

Isu pelarian adalah masalah sejagat yang memerlukan bantuan dan sokongan masyarakat antarabangsa. Penulis percaya Malaysia juga sentiasa mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan perwakilan asing yang mempunyai warga negara sebagai pelarian.

Nota diplomatik kepada UNHCR

Pejabat UNHCR di Kuala Lumpur perlu memahami secara serius bagi mempercepatkan proses penghantaran pulang pelarian atau pendatang ke negara asal atau dihantar ke negara ketiga khususnya dalam kalangan 148 negara yang menjadi Negara Pihak kepada Konvesyen Mengenai Status Pelarian 1951 dan Protokol Status Pelarian 1967.

Disyorkan pihak berkuasa Malaysia sentiasa menghantar nota diplomatik kepada UNHCR mengenai peningkatan pelarian di negara ini. Bayangkan untuk menjaga kos seorang pelarian adalah RM6.50 sehari yang terpaksa dibiayai Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Imigresen Malaysia.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, baru-baru ini mendedahkan anggaran 400,000 pendatang Rohingya dari Myanmar sedang menunggu masuk ke negara ini pada bila-bila masa. Jadi, UNHCR dan IOM tidak boleh lepas tangan begitu sahaja.

• Penulis ialah penganalisis sosio media-politik.

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "UNHCR usah lepas tangan isu Rohingya"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info