Kesihatan dan keselamatan ibu mengandung dan bayi di dalam kandungan sering di titik beratkan, bahkan ibu mengandung tidak dapat lari daripada pantang larang.
Pantang larang ini harus sentiasa dipatuhi tidak kira samada sebelum atau selepas kelahiran bayi. Petua-petua lama yang diwarisi oleh nenek moyang sememangnya diakui keberkesanannya dan membuatkan wanita hamil moden hari ini tidak boleh memandang ringan tentang khasiat petua warisan lama masyarakat Melayu kita.
Peringkat Awal Hamil – Trimester Pertama (1-3 bulan)
Pada peringkat awal ini, biasanya wanita hamil akan berasa pening dan loya-loya. Hal ini membuatkan mereka berasa tidak selesa dari segi fizikal dan mental.
- Justeru, dinasihatkan ibu hamil mengelakkan makanan yang meloyakan seperti susu atau makanan-makanan berlemak.
- Elakkan juga makan atau minum yang menambahkan ketagihan seperti kopi, teh, Milo, coklat, merokok, minum minuman beralkohol dan mengambil dadah.
- Ubat-ubatan yang meragukan tanpa mendapat kebenaran doktor harus dielakkan termasuk jamu.
- Digalakkan supaya elakkan makan atau minum yang bersifat tajam dikhuatiri bagi mengelakkan keguguran seperti ikan pari, air tebu, nenas, peria dan air kelapa.
- Tidak digalakkan berjumpa orang-orang yang menghidap penyakit berjangkit.
- Bagi ibu hamil yang mengalami pendarahan pada awal kehamilan, digalakkan mengurangkan aktiviti lasak dan banyakkan berehat.
Peringkat Pertengahan, Trimester Kedua (3-6 bulan)
Pada peringkat ini, ibu hamil sudah berasa semakin stabil dari segi emosi dan fizikal. Ibu hamil akan terasa sedikit lenguh dan sengal pada bahagian pinggang, hal ini masih tidak serius. Senaman ringan yang ringkas digalakkan buat ibu hamil pada peringkat ini dengan berpandukan jurulatih bertauliah atau sumber rujukan lain.
Peringkat Akhir, Trimester Ketiga (6-9 bulan)
Berat badan ibu hamil semakin bertambah dan perut juga menjadi semakin besar. Ibu hamil cukup sekadar melakukan aktiviti ringan seperti berjalan-jalan sambil menghirup udara segar.
Pengambilan air yang cukup sangat diperlukan pada peringkat ini untuk memastikan tubuh ibu tidak terhidrat dan bekalan air ketuban sentiasa mencukupi buat bayi di dalam rahim.
Makan sedikit tetapi kerap untuk mengelakkan muntah disebabkan keadaan bayi yang semakin membesar dan faktor kedudukan ruang perut.
Semoga panduan ini menjadi tujukan ibu-ibu hamil di luar sana, ini bagi menjaga kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.
sumber : http://siraplimau.com/
Sumber
0 Komentar untuk "Pantang Larang Semasa Hamil. Ibu Mengandung Perlu Tahu!"