Nazmi Faiz harus dihantar pulang daripada Sukan SEA – Norza

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Nazmi Faiz harus dihantar pulang daripada Sukan SEA – Norza
6/1/2015 10:15:50 AM

Nazmi Faiz harus dihantar pulang daripada Sukan SEA – Norza

KETUA Kontinjen Negara, Datuk Seri Mohammad Norza Zakaria. – Foto Osman Adnan

KUALA LUMPUR: Pemain tengah skuad Harimau Muda, Muhammad Nazmi Faiz Mansor harus dihantar pulang daripada Sukan SEA Singapura kerana perbuatan meludah pemain Timor Leste pada perlawanan sulung Kumpulan B, Sabtu lalu.

Ketua Kontinjen Negara, Datuk Seri Mohammad Norza Zakaria berkata tindakan tegas seperti itu akan menjadi pengajaran kepada atlet lain supaya lebih berdisiplin ketika mewakili negara di pertandingan antarabangsa.

Tindakan Nazmi meludah Filipe Oliveira pada minit ke-31 perlawanan menyebabkan beliau dibuang padang oleh pengadil, sekali gus menjejaskan rentak skuad negara yang terpaksa bermain dengan 10 pemain.

Pada perlawanan itu, skuad negara Bawah 23 Tahun, bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu sekadar menang tipis 1-0.

"Saya rasa dia (Nazmi Faiz) sepatutnya dihantar pulang. Saya sudah memaklumkan kepada Kim Swee untuk mengambil tindakan sewajarnya, …jika dia (Kim Swee) rasa perlu hantar balik, maka dia perlu berbuat demikian," katanya ketika mengulas tindakan pemain itu.

Mohamad Norza berkata berkata demikia selepas majlis penerimaan tajaan 1,000 kasut jenama 'Power' bernilai US$150,000 (RM551,940) daripada Bata Malaysia dan 1,000 kad sim (telefon) bernilai RM100,000 oleh Felxiroam Sdn. Bhd., untuk kontinjen Sukan SEA negara di pejabat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di sini hari ini.

Katanya, beliau sudah memberitahu kepada timbalannya, Peter Chee, supaya memaklumkan kepada semua pengurus pasukan supaya mengingatkan atlet masing-masing agar mengawal emosi dan menjaga tingkah laku bagi mengelak sebarang perbuatan yang boleh memalukan nama pasukan dan negara.

Chee bertanggungjawab mengenai soal integriti dan disiplin kontinjen negara pada temasya Sukan SEA bermula secara rasmi, Jumaat ini.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa Kim Swee sedang menunggu keputusan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengenai insiden tersebut sebelum membuat keputusan seterusnya.

Sementara itu, Presiden MOM, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar, yang hadir pada majlis itu, berkata tindakan pemain berusia 20 tahun itu tidak sepatutnya berlaku.

Sebelum ini, katanya, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, telah pun dengan jelas mengingatkan semua atlet menjaga tingkah laku masing-masing semasa di Singapura.

"Atlet sentiasa menjadi perhatian dalam temasya yang disertai oleh 11 negara," katanya.

Bagaimanapun, katanya terpulang kepada pihak pengurusan di lapangan untuk memutuskan sama ada seseorang atlet perlu dihantar pulang atau tidak.

"Saya tidak melihat insiden itu, ..amat sukar untuk mengulas mengenai insiden yang dilihat dalam televisyen," katanya.

Pasukan Malaysia yang diwakili 658 atlet dan 206 pegawai, akan menyertai 35 daripada 36 acara sukan yang dipertandingkan. – BERNAMA

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Nazmi Faiz harus dihantar pulang daripada Sukan SEA – Norza"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info