Rilekslah |
Malaysian Social Media Trendsetter |
Jejantas stesen LRT Bandaraya ke Wisma Bumiraya siap 15 November
6/1/2015 9:06:44 AM
DATUK Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib. – Foto Mohd Yusni Ariffin
KUALA LUMPUR: Projek jejantas pejalan kaki berbumbung dari stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bandaraya ke Wisma Bumiraya di Jalan Raja Laut dijangka siap 15 November depan, kata Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib.
Beliau berkata jejantas sepanjang 215 meter itu turut dilengkapi kemudahan untuk golongan orang kurang upaya (OKU).
"Jalan Raja Laut adalah lokasi yang sudah lama dikenal pasti dengan kesesakan sehingga menyebabkan aliran lalu lintas menjadi perlahan dan terhenti pada waktu puncak.
"Dengan adanya jejantas ini, pejalan kaki boleh berjalan dengan selamat tanpa membahayakan nyawa mereka," katanya kepada pemberita.
Beliau merasmikan pembukaan sebahagian jambatan Sungai Gombak dari Jalan Raja Laut dan Jalan Dang Wangi ke Jalan Kuching menuju arah selatan di sini hari ini.
Menurut Ahmad Phesal, pembinaan jejantas pejalan kaki itu dan jambatan Sungai Gombak sepanjang 35 meter yang mempunyai empat laluan kereta, dua laluan motosikal serta dua laluan pejalan kaki adalah antara lima skop projek Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Tiga lagi skop projek ialah pembinaan jejambat sepanjang 370 meter yang menyeberangi Jalan Kuching dari Sungai Gombak menghala ke arah utara, pelebaran Jalan Kuching serta menaik taraf lorong dan laluan bas Jalan Dang Wangi sepanjang 100 meter.
"Lima skop projek bernilai RM31.8 juta yang dimulakan sejak 18 Julai 2013 itu dijangka siap sepenuhnya pada November ini," katanya.
– BERNAMA
Comments
You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com
If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions
0 Komentar untuk "Jejantas stesen LRT Bandaraya ke Wisma Bumiraya siap 15 November"