Rilekslah |
Malaysian Social Media Trendsetter |
MoF akan temui Fitch berhubung kemapanan ekonomi Malaysia
6/2/2015 7:14:03 AM
TAN Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah. – Foto Asyraf Hamzah
KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan dijangka berjumpa dengan wakil Fitch Agency bagi menjelaskan kepada mereka bahawa ekonomi Malaysia masih mapan dan harus dilihat secara positif.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, agensi itu yang pada masa ini menarafkan Malaysia A-, membayangkan kemungkinan penurunan taraf dalam rating kredit negara.
"Kami harap dengan inisiatif pengukuhan fiskal dan penekanan terhadap pertumbuhan selain pelancaran Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) yang memperuntukkan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM260 bilion akan memberi petunjuk positif kepada agensi penarafan itu," katanya.
Beliau berkata pertumbuhan ekonomi Malaysia tahun lalu adalah baik dan bagi suku pertama tahun ini mencatatkan pertumbuhan 5.6 peratus manakala perdagangan luar juga berkembang.
Sekalipun ada kebimbangan berhubung imbangan pembayaran semasa, ia masih positif, katanya selepas merasmikan anugerah permulaan perniagaan 'Rice Bowl' anjuran Yayasan Usahawan Baru (NEF) sempena Sidang Kemuncak Usahawan 1ASEAN (1AES).
Pengerusi NEF, Ashran Ghazi, berkata pencalonan dalam talian dibuka bermula hari ini hingga pertengahan Ogos dengan sasaran 200 hingga 300 pencalonan dari semua 10 negara anggota ASEAN bagi anugerah 10 kategori itu.
Sebanyak 30 finalis teratas akan diumum pada 1 Oktober manakala pemenang diumum pada November semasa 1AES.
Ashran berkata, finalis akan menerima bimbingan permulaan perniagaan bernilai AS$15,000 merangkumi pembabitan media serantau dan sesi padanan pelabur manakala pemenang setiap kategori akan menerima trofi 'Rice Bowl'. – BERNAMA
Comments
You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com
If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions
0 Komentar untuk "MoF akan temui Fitch berhubung kemapanan ekonomi Malaysia"