GP Itali: Hafizh kecewa, Azlan kutip mata pertama

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

GP Itali: Hafizh kecewa, Azlan kutip mata pertama
5/31/2015 11:15:45 AM

GP Itali: Hafizh kecewa, Azlan kutip mata pertama

AKSI penunggang Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah.

KUALA LUMPUR: Hasrat penunggang Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah untuk terus mengutip mata di Kejuaraan Dunia tidak kesampaian apabila gagal menamatkan perlumbaan buat pertama kali musim ini selepas terjatuh di Grand Prix Itali, hari ini.

Lebih mengecewakan, pelumba pasukan PETRONAS Raceline Malaysia itu terjatuh ketika perlumbaan berbaki dua pusingan dan berada di posisi ke-13.

Insiden itu begitupun membuka peluang buat rakan senegara, Azlan Shah Kamaruzaman untuk mengutip mata kejuaraan buat pertama kali sepanjang kerjayanya apabila menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-15.

"Saya amat kecewa dengan keputusan hari ini. Saya bergelut dengan masalah tayar ketika menuju penghujung perlumbaan dan berfikir mampu memintas dua pelumba di depan saya (Alex Rins dan Alex Marquez)," kata Hafizh.

"Begitupun, bahagian depan jentera saya secara tiba-tiba bergetar apabila saya menekan brek dengan kuat yang memaksa saya untuk menghabiskan banyak masa mengawal pergerakan jentera.

"Saya tidak bernasib baik kerana terlalu berusaha untuk menangkap pelumba di depan yang memaksa saya terjatuh di batuan kerikil. Saya meminta maaf kepada semua orang kerana saya memang berharap melakukan yang terbaik.

"Saya berharap dapat bangkit dalam tempoh dua minggu lagi di Catalunya," kata Hafizh yang tidak berdepan sebarang kecederaan serius dan mampu bangun selepas insiden terbabit.

Tanpa sebarang mata di Mugello, kedudukan Hafizh di kejuaraan Moto2 dunia jatuh di kedudukan ke-11 selepas mengumpul 31 mata.

Bagi pelumba pasukan Honda Asia, Azlan Shah, ia pencapaian terbaiknya dalam perlumbaan Moto2 selepas gagal mengutip sebarang mata musim lepas dan penampilan pertamanya pada 2013.

Seorang lagi pelumba negara yang beraksi dalam kelas Moto2, Mohd Zaqhwan Zaidi juga gagal menamatkan perlumbaan apabila berdepan kemalangan seawal pusingan pertama.

Dalam kelas Moto3, harapan penunggang tunggal negara dalam kelas terbabit, Muhammad Zulfahmi Khairuddin (Drive7 SIC Racing) untuk terus mengutip mata gagal apabila menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-26.

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "GP Itali: Hafizh kecewa, Azlan kutip mata pertama"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info