Siakap Keli News |
Cucu Menangis 30 Minit Disamping Nenek
5/31/2015 9:45:00 AM
Kota Bharu: Baru-baru ini, gambar seorang kanak-kanak lelaki yang menangis di sebelah seorang penunggang motosikal menjadi viral di media sosial.
Memetik satu laporan dari BH Online, kanak-kanak lelaki yang berusia baru setahun itu menangis hampir 30 minit di sisi neneknya yang pengsan setelah motor yang ditunggang oleh mereka berdua terlibat dalam satu kemalangan di Jamabtan Sultan Yahya Petra disini.
Kanak-kanak berkenaan, Mohd Ikram Safuan cedera di kepala manakala neneknya, Faridah Hamid, 35, cedera ringan di kepala.
Kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zianab II untuk rawatan.
Menurut berita dari laporan terbabit, Faridah dalam perjalanan dari rumahnya ke Kampung Kedai Buloh untuk menghantar cucunya. Tetapi motosikal mereka dilanggar oleh sebuah kereta menyebabkan kedua-dua mereka terjatuh dan Faridah pengsan.
Ibu kanak-kanak berkenaan,Nurul Shakila Mahilis, 13, berkata dia mengetahui tentang perkara tersebut setelah dihubungi oleh abang iparnya pada jam 5 petang.
"Saya yang terkejut terus bergegas ke hospital. Alhamdulillah, ibu serta anak saya hanya cedera ringan, namun mereka masih dalam keadaan terkejut.
"Mohd Ikram cedera pada kepala dan bahu kiri, manakala ibu saya cedera ringan dan sudah sedarkan diri. Namun ibu masih terkejut dan tidak mampu menceritakan apa yang berlaku," katanya Nurul Shakila.
Nurul Shakila bersama anaknya. - Foto : BH Online/Nik Abdullah Nik Omar |
Laporan asal : BH Online
You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com
If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions
0 Komentar untuk "Cucu Menangis 30 Minit Disamping Nenek"