China Lancar Kempen Larangan Merokok

 

 

Siakap Keli News

China Lancar Kempen Larangan Merokok
5/31/2015 11:56:00 PM


BEIJING: Dalam usaha meningkatkan kesedaran gaya hidup sihat di kalangan masyarakat, China melancarkan larangan merokok di semua tempat awam berkuatkuasa hari ini.
Larangan itu termasuk di semua restoran, bar, selain pejabat dan pengangkutan awam serta sekolah dan hospital di seluruh negara itu.
China mempunyai golongan perokok dengan anggaran seramai 300 juta. Dengn pelaksanaan peraturan ini, ia dijangka dapat memberikan kesan positif terhadap gaya hidup masyarakatnya.
Mereka yang ingkar larangan tersebut akan dikenakan denda 200 yuan (RM118). Malah pesalah yang melakukan kesalahan itu sebanyak tiga kali, nama mereka akan dimuat naik di laman web kerajaan.
Begitu juga terhadap pengusaha perniagaan, mereka boleh dikenakan denda sehingga 10,000 yuan (RM5,910) sekiranya gagal menghalang pelanggan merokok dalam permis mereka.
Sebagai langkah tegas Kementerian Kesihatan China juga mengarahkan kedai pada jarak 100 meter dari sekolah rendah dan tadika tidak lagi dibenarkan menjual rokok. -Siakapkeli.my

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "China Lancar Kempen Larangan Merokok"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info