Rilekslah |
Malaysian Social Media Trendsetter |
Wajib Baca!! Kesan Buruk Jika Tidak Berpantang Selepas Bersalin
5/31/2015 4:25:35 AM
Wajib Baca!! Kesan Buruk Jika Tidak Berpantang Selepas Bersalin | Sebenarnya ramai wanita yang mengelak dari berpantang selepas bersalin. Alasan yang sering kaum ibu ni berikan adalah malas dan leceh. Malah tidak kurang juga ada wanita yang tidak tahu cara untuk berpantang.
Segelintir kaum wanita yang berfikiran 'terlalu moden' menganggap bahawa amalan berpantang ini tidak penting dan ketinggalan zaman. Ramai yang tidak sedar, sebenarnya banyak kesan sampingan atau kesan buruk jika seseorang wanita yang bersalin tidak berpantang. Malah ada juga wanita yang melalui situasi meroyan gara-gara tidak berpantang.
Kesan Buruk Jika Tidak Berpantang Selepas Bersalin:
1) Rahim Jatuh / Prolapse – Prolapse rahim adalah satu situasi di mana rahim seseorang wanita akan jatuh kebawah dan berkemungkinan terkeluar dari saluran faraj. Ini berpunca dari otot atau ligamen yang sepatutnya memegang rahim pada kedudukan asal menjadi lemah selepas bersalin. Pada peringkat awal, rahim hanya akan jatuh sedikit dari kedudukan asal namun ada juga kes dimana rahim terkeluar dari tempat asal melalui saluran faraj.
2) Gangguan Kencing – Ramai juga kaum wanita yang akan mengalami masalah kekenduran rahim atau prolapse berdepan dengan masalah pembuangan air kecil. Antara beberapa simptom masalah gangguan kencing adalah kerap membuang air kecil, sakit ketika membuang air dan tidak dapat mengawal pembuangan air kecil. Contohnya bila terbatuk atau ketawa, air kecil boleh mengalir keluar dengan sendirinya..
3) Gangguan Hubungan Kelamin – Jika seseorang wanita tidak berpantang akan mengakibatkan otot faraj menjadi lemah dan longgar. Ini pastinya akan menjejaskan hubungan suami isteri. Ini juga menjadi antara punca ramai suami dan isteri mengadu kurang berasa nikmat ketika bersama terutamanya selepas isteri bersalin dan tidak berpantang.
4) Sakit Pinggang Dan Rasa Tidak Selesa Di Kawasan Intim Wanita – Berpunca dari masalah rahim terkeluar atau prolapse, seseorang wanita juga akan berasa tidak selesa terutamanya dikawasan intim. Wanita tersebut akan merasakan seperti ada sesuatu yang keluar dari faraj. Malah wanita itu juga akan berasa sakit di bahagian pinggang berpunca daripada rahim yang jatuh dan menarik otot dan urat di bahagian pinggang.
5) Gangguan Kesihatan – Selain itu kawasan intim seseorang wanita juga boleh dijangkiti kuman dan mengalami masalah keputihan dan pengeluaran lendir yang banyak akibat tidak berpantang dengan betul. Selalunya ini berpunca dari kes prolapse.
Jadi kepada semua kaum wanita di luar sana, biarpun anda rasa berpantang ini rumit dan melecehkan kerana terpaksa pakai bengkung, menjaga pemakanan, memakan jamu dan sebagainya…anda tetap juga perlu melakukannya untuk kebaikan anda sendiri. Kesihatan dalaman tetap perlu diutamakan. Jadi rajin-rajinlah berpantang selepas bersalin ya.
(Visited 2 times, 2 visits today)
Comments
You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com
If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions
0 Komentar untuk "Wajib Baca!! Kesan Buruk Jika Tidak Berpantang Selepas Bersalin"