KISAH BENAR ! MAYAT BACA SURAH YASSIN DI MEKAH

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

KISAH BENAR ! MAYAT BACA SURAH YASSIN DI MEKAH
5/31/2015 5:29:31 AM

KISAH BENAR ! MAYAT BACA SURAH YASSIN DI MEKAH

                                         Mayat 8 bulan didapati telah duduk membaca quran.

Kisah Benar Mayat Baca Surah Yasin Di Mekah. Kisah ini telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia yang berada di Arab Saudi. Peristiwa ini  berlaku dan telah disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser iaitu penceramah bebas yang sangat terkemuka di Malaysia .

Menurut sumber , ceritanya bermula  pada  musim haji yang lepas, pelajar malaysia telah membantu orang  Arab untuk mengebumikan mayat seseorang yang meninggal dunia pada musim haji kali itu .Tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah  terletak di Ma'la

Disana , mereka akan menyediakan sebuah lubang dan meninggalkan mayat tersebut selama 8 bulan .  Lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru selepas 8 bulan.


Genap 8 bulan pada  hari tersebut, orang arab lari bertempiaran apabila salah satu lubang yan dibuka mendapati  mayat itu sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya. Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas. Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al Quran, dan Al Quran tersebut memang yang asli.

Selepas dilihat seterusnya. Ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kapan (kain ehram).

Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang lelaki berkulit hitam yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam. Jika tiada tumpahan , dia kan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin.

Itulah kelebihannya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah.Inilah yang membuatkan kita semakin berkobar-kobar untuk mengunjungi Baitullah.

Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri (disimen) dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di lubang tersebut . Inilah bukti akan janji-janji Allah pada hambaNya yang taat dan ikhlas bekerja keranaNya.

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "KISAH BENAR ! MAYAT BACA SURAH YASSIN DI MEKAH"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info