Rilekslah |
Malaysian Social Media Trendsetter |
UMW runding luaskan segmen perniagaan
5/28/2015 6:07:23 AM

PEJABAT UMW Holdings Berhad, Jalan Utas Seksyen 15 Shah Alam. – Foto Muhammad Sulaiman
SHAH ALAM: UMW Holdings Bhd kini agresif meningkatkan usaha bagi mempelbagaikan segmen perniagaannya untuk tidak terlalu bergantung kepada mana-mana bahagian perniagaan teras sedia ada.
Pengerusi, Tan Sri Asmat Kamaludin, berkata strategi itu dibuat bersandarkan jangkaan syarikat akan melalui persekitaran yang lebih sukar dan mencabar dalam tahun-tahun mendatang, justeru mahu mengurangkan pergantungan kepada automotif yang kini penyumbang utama pendapatan kumpulan.
Ketika ini automotif menyumbang sekitar 80 peratus kepada pendapatan kumpulan itu.
"Kami sedang berunding dengan beberapa pihak untuk mencari perniagaan baru tetapi setakat ini belum dimuktamadkan," katanya selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) kumpulan itu di sini hari ini.
Yang hadir sama Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif UMW Holdings, Datuk Syed Hisham Syed Wazir.
Mengulas lanjut, Asmat menjelaskan kumpulan itu akan terus mengembangkan bahagian perniagaan automotif yang mana ia kini sedang berbincang dengan Toyota bagi memperkenalkan beberapa model baru tahun ini.
Mengenai jualan, beliau berkata, kenderaan Toyota bukan saja berhadapan cabaran di Malaysia tetapi juga di luar negara termasuk Indonesia.
Sehubungan itu, syarikat menyemak semula unjuran jualan kenderaan tahun ini kepada sekitar 90,000 unit berbanding 103,000 unit yang dijual pada 2014.
Dalam pada itu, Asmat berkata, pembabitan UMW dalam segmen minyak dan gas beberapa tahun lalu belum menunjukkan potensi sebenar berikutan faktor kejatuhan mendadak harga minyak mentah lebih 60 peratus tahun lalu.
"Pembabitan kami dalam sektor minyak dan gas bukanlah satu kesilapan. "Kami percaya harga akan kembali melantun," katanya.

Comments
You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com
If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "UMW runding luaskan segmen perniagaan"