Turkey Hantar Kapal Untuk Bantu Pelarian Rohingya Dan Pendatang Bangladesh Di Selat Melaka



Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu mengumumkan bahawa sebuah kapal Tentera Laut Turki telah dihantar ke Selat Melaka bersempadan Malaysia-Thailand di mana beribu-ribu umat Islam Rohingya terkandas di Selat Tersebut.

Beliau berkata bahawa Turki telah mengerahkan menyelamat imigran tersebut dengan kapal Tentera Laut dengan kerjasama Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi.

"Terdapat ramai kanak-kanak, wanita dan warga tua di dalam bot tersebut dari Myanmar tanpa arah di laut Andaman dan Selat Melaka di mana jumlah keseluruhan mereka lebih dari enam ribu orang," katanya.



Dianggarkan kira-kira 7000 orang Islam Rohingya Myanmar, serta pendatang lain dari Bangladesh, terkandas yang memerlukan makanan dan minuman.

Sebelum ini Malaysia, Indonesia dan Thailand mengumumkan tidak akan membenarkan bot asing untuk mendarat di negara masing-masing, bagaimanapun hasil perjumpaan ketiga-kita wakil dari tiga negara tersebut semalam telah mencapai kata sepakat untuk bekerjasama menyediakan penempatan sementara bagi pelarian-pelarin ini.

BACA: Malaysia Dan Indonesia Setuju Sediakan Penempatan Sementara Untuk 7000 Pelarian Rohingya

BACA: TLDM, APMM Dan Mercy Bekerjasama Bantu Pelarian Rohingya - PM

Sebelum ini dilaporkan oleh media antarabangsa keadaan pelarian-pelarian tersebut yang tengah kelaparan dan dahaga sehingga ada antara mereka yang terpaksa meminum air kencing sendiri.

Selain itu, sudah beratus-ratus orang telah meninggal dan semua mayat mereka telah dibuang ke laut.

Memetik laporan portal Irrawaddy, Kerajaan Myanmar semalam telah menentang persidangan pertubuhan negara-negara Islam(OIC) kerana menurut mereka mesyuarat itu mempertaruhkan "ketidakstabilan" Myanmar.

Gelombang nasionalisme Buddha Myanmar telah dipersalahkan kerana menyebabakan keganasan dimana mereka mensasarkan umat Islam Myanmar.

Mereka menghalau, membunuh dan membakar rumah-rumah etnik Rohingya ini di negeri Rakhine yang terletak sepanjang Teluk Bengal.




Sehingga kini masih ramai etnik ini menjadi pelarian di sempadan negara Myanmar-Bangladesh di dalam kem yang amat daif, kotor dan terdedah kepada penyakit berjangkit.

Mereka juga telah menghadapi diskriminasi oleh kerajaan Mynmar selama beberapa dekad, termasuk sekatan ke atas melahirkan anak, berkahwin dan bergerak di seluruh negara.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) menganggarkan lebih 120,000 orang telah meninggalkan negara itu dengan bot dalam tempoh tiga tahun yang lalu.

Melarikan diri adalah cara terakhir untuk lari dari ancaman keganasan oleh penganut Buddha Rakhine kerana tindakan pelampau Buddha ini tidak dihalang oleh kerajaan Myanmar. - Siakapkeli.my

0 Komentar untuk "Turkey Hantar Kapal Untuk Bantu Pelarian Rohingya Dan Pendatang Bangladesh Di Selat Melaka"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info