PETALING JAYA: Satu laporan dari agensi berita di Korea yang melaporkan isteri kepada ahli perniagaan , Robert Kuok yang dijumpai mati kerana kegagalan jantung di sebuah hotel di Seoul adalah palsu.
Laporan terbabit menyatakan seorang wanita berusia 65 tahun, yang dikenal pasti oleh agensi berita Yonhap sebagai isteri Robert Kuok, telah dijumpai mati di dalam sebuah hotel kerana serangan jantung.
Wanita tersebut dijumpai di dalam sebuah bilik di Hotel Shilla di Seoul pada 12.45 malam, menurut polis memetik laporan dari The Star.
Menurut informasi yang diberi oleh keluarga terdekat, wanita yang dijumpai itu bukan isteri Robert Kuok seperti yang dilaporkan. - Siakapkeli.my
0 Komentar untuk "Laporan Isteri Robert Kuok Meninggal Sakit Jantung Tidak Benar"