Subhanallah !!! Masjid Di Nepal Masih Tersegam Indah Dan Berdiri Teguh Walaupun Dilanda Gempa Bumi Yang Teruk




Walaupun bumi Kathmandu, Nepal dilanda gempa bumi sekuat 7.8 skala Richter pada 25 April lalu, sebuah Masjid yang terletak di ibu kota Kathmandu kekal utuh meskipun bangunan sekitarnya runtuh menyembah bumi. Malah lebih mengagumkan tiada dinding yang retak mahupun terkupas...

Menurut salah seorang anggota jawatankuasa masjid berkata; “Kami bersyukur, ini semua kerana kuasa Allah.” Beliau menambah, kali terakhir bangunan masjid itu menjalani kerja ubah suai ialah pada 1995 lalu....

Lebih aneh lagi, tidak jauh dari Masjid Jamik Nepal terdapat Masjid Khasmiri Taqiya juga tidak mengalami kerosakan akibat gempa bumi yang terkuat dalam sejarah Nepal sejak 80 tahun....

Selepas Nepal dilanda gempa akhir bulan lalu, anggota jawatankuasa masjid-masjid di sekitar Kathmandu mengadakan mesyuarat tergempar untuk mencari mana-mana warga Muslim tempatan yang terkorban....

Menurut laporan media tempatan, hampir 200 tempat warisan di negara itu rosak teruk dan kini sudah meragut lebih dari 7000 nyawa...


0 Komentar untuk "Subhanallah !!! Masjid Di Nepal Masih Tersegam Indah Dan Berdiri Teguh Walaupun Dilanda Gempa Bumi Yang Teruk "

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info