Rilekslah |
Malaysian Social Media Trendsetter |
Salah fakta: Buku sejarah Tahun Lima SJKC dicetak semula
5/26/2015 1:34:15 AM
TIMBALAN Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan. – Foto Faiz Anuar
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan akan mencetak semula buku mata pelajaran sejarah Tahun Lima Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dengan melakukan pembetulan dan penambahbaikan pada kesilapan yang didakwa pada buku berkenaan.
Timbalan Menteri P. Kamalanathan berkata keputusan itu dibuat selepas semakan dan penelitian oleh sekumpulan Pakar Rujuk Kurikulum dan Buku Teks Sejarah sebaik saja kementerian menerima laporan rasmi mengenai perkara itu.
"Kementerian sudah mengambil tindakan apabila mendapat laporan bukan saja di dalam media, tetapi juga laporan rasmi.
"Enam individu ternama dalam bidang sejarah terbabit dalam Pakar Rujuk Kurikulum dan Buku Teks Sejarah telah meneliti dakwaan dan persepsi itu.
"KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) akan membuat tindakan pembetulan dan edisi cetakan semula dengan sedikit penambahbaikan bagi memastikan murid dapat memahami dengan lebih mudah," katanya ketika menjawab soalan Oscar Ling Chai Yew (DAP-Sibu) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Oscar bertanya mengenai tindakan KPM berhubung laporan buku teks sejarah tahun lima SJKC yang dikatakan mengandungi 80 kesalahan termasuk fakta-fakta mengenai penjajahan Jepun.
Kamalanathan menyatakan hasil semakan juga mendapati hanya sembilan isu saja yang diutarakan dan sebahagian besar isunya adalah tidak salah kerana ia berdasarkan fakta sebenar.
Menjawab soalan tambahan Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut) mengenai pelaksanaan semula hukuman rotan ke atas pelajar sekolah bagi membendung masalah displin dalam kalangan pelajar, Kamalanathan berkata KPM sudah menjalankan dialog polisi dan babit urus hukuman rotan di enam zon seluruh negara mulai Mac lalu hingga Mei tahun ini.
"Dialog ini bertujuan mendapatkan pandangan pihak berkepentingan mengenai pelaksanaan semula hukuman rotan dan pandangan akan diambil kira dalam penyediaan draf akhir peraturan-peraturan pendidikan disiplin murid tahun 2015," katanya. – BERNAMA
Comments
You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com
If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions
0 Komentar untuk "Salah fakta: Buku sejarah Tahun Lima SJKC dicetak semula"