Rilekslah |
Malaysian Social Media Trendsetter |
Lim Guan Eng Tahu Hati Datuk Seri Abdul Hadi Awang ?
5/26/2015 2:15:39 AM
KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam nada sinis menegaskan tiada sesiapa boleh membaca hati seseorang kerana 'kerja' itu hanya boleh dilakukan oleh ALLAH.
Katanya, adalah tidak munasabah untuk seseorang itu mengetahui isi hati seseorang kerana sebagai manusia adalah mustahil untuk kita melakukannya.
"Dia (Lim Guan Eng) tidak tahu hati saya, saya tidak tahu hati dia, mana kita tahu hati orang," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Beliua berkata demikian ketika diminta untuk mengulas mengenai kenyataan Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP semalam bahawa hati Abdul Hadi sekarang adalah bersama Umno walaupun tubuhnya dilihat masih bersama PR.
Sementara ketika diminta untuk mengulas mengenai kedudukan Pas dalam PR sekarang, Abdul Hadi menjelaskan Pas masih setia bersama PR.
"Sekarang masih bersama PR ….saya duduk di kerusi yang sama…., mungkin akan datang saya tidak tahu, saya pun tidak tahu saya akan hidup atau tidak, kalau ikut sejarah semuanya pernah, pernah bersendirian, pernah dalam kerajaan, keluar kerajaan.
"Biasanya peristiwa lama tidak akan berulang, konsep kita bersama masyarakat majmuk di Malaysia, tidak boleh bersendirian," katanya.
Comments
You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com
If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions
0 Komentar untuk "Lim Guan Eng Tahu Hati Datuk Seri Abdul Hadi Awang ?"