Isu juri program realiti X-Factor New Zealand yang mengeluarkan kritikan kontroversi baru-baru ini sudah berada di penghujungnya selepas mereka memohon maaf di laman twitter semalam.


Hari ini, program realiti berkenaan mengumumkan juri yang akan menggantikan tempat Natalia Kills dan suaminya, Willy Moon selepas kedua-dua mereka dipecat akibat membuli salah seorang peserta rancangan itu.


[BERKAITAN: Juri Kontroversi X-Factor Mohon Maaf Kritik Ikut Emosi] 


Penyanyi dan pelakon dari Australia, Natalie Bassingthwaight dan drummer kumpulan I am Giant, Shelton Woolright diumumkan sebagai juri terbaru program X-Factor itu.


Kedua-dua mereka kelihatan sangat teruja dengan pemilihan yang dibuat dan tidak sabar untuk muncul sebagai pengkritik program realiti popular itu.


Menerusi laman twitter dan instagram, mereka zahirkan keterujaan itu dan berkongsi berita gembira itu bersama peminat mereka.


Tahniah diucapkan kepada mereka berdua, harap-harap mereka berjaya buktikan pemilihan itu berbaloi untuk peserta program berkenaan.




So this just happened.. NEW JUDGE ON X FACTOR NEW ZEALAND is……..,, ME!!! @xfactornz


A photo posted by @natbassingthwaighte on Mar 18, 2015 at 8:18pm PDT


- MYNEWSHUB.CC