IKON fesyen, Wak Doyok akhirnya tampil membuat permohonan maaf kepada Kilafairy atas keterlanjuran komennya sehingga menjadi viral, baru-baru ini.


Terkenal dengan penggunaan banyak hashtag pada gambar-gambar yang dikongsikannya di Instagram, kali ini lagi banyak yang direka oleh Wak Doyok khas bagi menzahirkan permohonan maaf daripadanya.


Antaranya #AkuDahSerik, #TeamWak #WakDoyok #LegasiWakDoyok #AkuYangPakaiKoYangPanas #KoDahKenapa..


wakdoyok


Mungkin apa yang Wak Doyok dapat belajar daripada kontroversi ini adalah, kalau nak tulis sesuatu di alam maya fikir dulu baik buruk kesannya dan jangan main hentam keromo sahaja!