Warden Asrama Pukul Murid Sampai Mati Kena Hukuman Gantung

Warden Asrama Belasah Murid Sampai Mati Dihukum Gantung | ALOR SETAR – Seorang warden asrama dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah membunuh seorang murid berusia tujuh tahun di Arau, Perlis, empat tahun lalu.



Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd Zaki Abd Wahab menjatuhi hukuman itu kepada tertuduh, Hanif Muhammad Ali, 31, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.








Hukuman Warden Asrama Pukul Murid Sampai Mati
Keadaan arwah Saiful Syazani ketika berada dalam keadaan koma selepas dibelasah warden asrama.








Berita Warden Asrama Pukul Murid Sampai Mati
Keratan akhbar berkaitan kes melibatkan warden asrama belasah murid tahun 1 sampai mati di sebuah sekolah persendirian di Arau, Perlis pada 2011.



Mengikut kertas pertuduhan, Hanif yang juga seorang ustaz dituduh membunuh Saiful Syazani Saiful Sopfidee di dalam sebuah bilik warden di sebuah sekolah rendah Islam di Arau pada jam antara 6 petang hingga 12 tengah malam, 31 Mac 2011.



Tertuduh yang masih bujang dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika sabit kesalahan. - BH Online
0 Komentar untuk "Warden Asrama Pukul Murid Sampai Mati Kena Hukuman Gantung"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info