Mayat Pelajar Universiti Diseret 30km

Mayat Penuntut Universiti Hancur Diseret 30km | CIMAHI (Jawa Barat) – Mayat seorang penuntut hancur sehingga tidak boleh dikenali selepas diseret bersama motosikalnya sejauh 30 kilometer di belakang sebuah kereta.



Polis berkata, kejadian berlaku kelmarin selepas penuntut berkenaan, Firman Nur Hidayat, 21, dilanggar sebuah kereta Honda City yang dipandu lelaki bernama Yana, 43.








Mayat Pelajar Universiti Diseret 30km di Cimahi
GAMBAR kiri, kereta yang mengheret mangsa dengan mayatnya dikaburkan. Gambar kanan, Firman.



“Dalam kejadian ngeri itu, motosikal yang ditunggang Firman dilanggar kereta berkenaan. Akibatnya, motosikal itu terpelanting ke kanan sementara mangsa ke kiri dan kedua-duanya terperosok di bawah kereta terbabit.



“Pemandu itu tidak menghentikan kenderaannya, sebaliknya memecut laju dengan mengheret motor dan mangsa sejauh 30 kilometer,” kata jurucakap polis Cimahi, Tomy Fidianto.



Yana yang berada bersama teman wanitnya ketika kejadian hanya menghentikan kenderaannya selepas dihadang sebuah bas.



Bercakap kepada wartawan, Tomi berkata, pemandu kereta berkenaan memberi alasan dia tidak berhenti kerana panik selepas melanggar Firman, penuntut semester 4 Universitas Pendidikan Indonesia (UPI).



“Lelaki itu mendakwa dia tidak sihat selepas bekerja seharian.



Selepas kemalangan, dia ketakutan hendak berhenti lalu memecut keretanya,” kata Tomi.



Yana bersama teman wanitanya cuba melarikan diri selepas keluar dari kereta, tetapi berjaya ditangkap orang ramai.



Firman dikebumikan semalam. – Agensi
0 Komentar untuk "Mayat Pelajar Universiti Diseret 30km"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info