Ustaz Kazim Selar Tindakan Dr. Asri Dengan Sifatkannya Terlalu Gopoh Dan Memalukan




Penceramah bebas popular Datuk Ustaz Kazim Elias (DUKE) hari ini tampil menjawab isu surat rasmi yang ditandatangani oleh Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr. Maza) yang menolaknya sebagai penceramah susulan kenyataannya tentang hadis "roti jala dicelup kuah kari”,

Duke tampil menyelar tindakan Dr Maza itu dengan menyifatkan tindakan beliau tersebut sebagai satu tindakan yang memalukan dan dibuat secara tergopoh gapah.


Beliau berkata isu "roti jala dicelup kuah kari" yang dikeluarkan beliau itu adalah tidak wajar kerana tidak diberi peluang untuk menjelaskannya secara terperinci.


“Saya dimaklumkan mengenai pembatalan jemputan saya ke majlis berkenaan dua minggu lalu, namun saya tidak mahu menghebahkan perkara ini demi menjaga air muka mereka yang berkaitan.

“Namun, apabila berlaku penyebaran surat tersebut, saya kesal kerana ini tidak adil, saya tidak diberi peluang untuk menjawab tuduhan yang dilemparkan.

“Selepas ini mungkin ada yang melabelkan saya penyebar hadis palsu dan tidak lagi dijemput untuk mengadakan ceramah," katanya dipetik dari Utusan Malaysia.


Duke menjelaskan apa yang dikatakannya "roti jala dicelup kuah kari" dan “kurma celup tepung” adalah hanya satu perbandingan.


Menurut beliau perbandingan tersebut dibuat kerana berada di Malaysia untuk memudahkan orang kita faham.


“Saya cuma kata roti jala pun boleh dijadikan hidangan dalam kenduri masyarakat Islam untuk bagi orang faham," katanya.


Beliau melahirkan rasa kesal  dengan surat daripada Jabatan Mufti Perlis yang tersebar tersebut yang menyebut beliau sering terlibat dengan pembacaan riwayat-riwayat palsu.


"Ia seolah-olah menggamabrkan saya sering mengeluarkan hadis-hadis palsu dan salah. Jika benar dakwaan itu, saya mahu tahu di mana dan bila saya membacakan hadis-hadis palsu yang didakwa."

"Jika benar, saya sedia memberikan penjelasan,” katanya lagi. - Siakapkeli.com.my

0 Komentar untuk "Ustaz Kazim Selar Tindakan Dr. Asri Dengan Sifatkannya Terlalu Gopoh Dan Memalukan"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info