Bahaya Ambil Gambar Kapal Terbang Guna Dron

Ambil Gambar Guna Dron Boleh Bahayakan Kapal Terbang | SHAH ALAM – Tindakan menerbangkan dron berhampiran sebuah landasan pesawat di lapangan terbang dikhuatiri mengancam keselamatan.



Menurut seorang pelayar laman sosial, kegiatan menggunakan dron untuk mengambil gambar pesawat berlepas dan mendarat memberi impak terhadap pengguna dron secara amnya.



“Bagaimana jika anda hilang kawalan terhadap dron anda dan ia terbang ke arah laluan kapal terbang?” soal pelayar tersebut.



Sebelum ini, terdapat pengguna dron yang memuatnaik gambar kapal terbang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke laman foto popular, Instagram.








Ambil Gambar Kapal Terbang Guna Dron
Salinan paparan di laman Instagram dan Facebook. Gambar kecil adalah drone fotografi.



Tindakan tersebut mendapat reaksi berbeza daripada orang ramai.



Ada yang menggesa pihak pengurusan lapangan terbang atau pihak berkuasa campur tangan terhadap hal ini.



Difahamkan, peraturan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) menetapkan dron seberat 20 kilogram ke bawah tidak dibenarkan beredar di ruang udara terkawal.



Dron seperti ini juga tidak dibenarkan dalam jarak 1.5 batu nautika (2.8km) dari sempadan lapangan terbang tanpa kebenaran pusat kawalan udara.



Dron fotografi ini yang banyak digunakan di luar negara terutama Amerika Syarikat, kini mudah dimiliki di Malaysia.



Kelebihan mengambil gambar menggunakan dron adalah dapat mencapai ketinggian atau sudut yang sukar dilakukan oleh jurufoto.



Peralatan dron kini lebih kecil, ringan, stabil, murah dan boleh dikendalikan oleh sesiapa sahaja lapor Sinar Harian Online.
0 Komentar untuk "Bahaya Ambil Gambar Kapal Terbang Guna Dron"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info