KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat Airbus dilaporkan terhempas di selatan Perancis, lapor Reuters hari ini.
Laporan yang memetik sumber polis Perancis dan jurucakap penerbangan itu menyatakan bahawa pesawat tersebut dikendalikan Germanwings yang dimiliki syarikat penerbangan Lufthansa.
Pesawat yang membawa 142 penumpang dan enam anak kapal itu sedang dalam laluan penerbangan antara Dusseldorf dan Barcelona.
Lokasi terakhir pesawat itu dikesan adalah di kawasan Pergunungan Alps.
Presiden Perancis, François Hollande, dalam kenyataan terbaharu memberitahu bahawa kemungkinan untuk menemui mangsa yang terselamat adalah tipis.
- ASTRO AWANI
0 Komentar untuk "Pesawat Airbus Terhempas, 148 Penumpang Dikhuatiri Maut"